Rahsia senaman dalam Islam : Solat

Terdapat lebih daripada 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat. Cuba kaji pergerakan -pergerakan yang di lakukan dalam semasa solat setiap hari.

1. Niat

Niat itu adalah amalan hati, dan hati adalah kunci utama amalan kita. Dapat meningkatkan konsentrasi dan tumpuan minda kita. Niat sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri betul

Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua belah tapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban badan secara rutin. Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bengkok serta fikiran dapat dikawal dan lebih fokus.

3. Takbiratul Ihram

Secara kasarnya kita akan berdiri tegak,kemudian mengangkat tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat.Pada masa yang sama,kita akan membesarkan rongga dada manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan

4. Membaca Surah Al-Fatihah

Pandangan mata ke tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat. Menimbulkan konsentrasi serta melahirkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, getaran vokal panjang dapat merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal & paru-paru serta mempertingkatkan perjalanan anggota berkenaan.

5. Ruku’

Ketika ruku’ dengan badan membengkok ke hadapan dan kedua tangan diletakkan di atas lutut serta punggung dalam keadaan mendatar,ianya akan menggerakkan ruas-ruas tulang punggung,tulang leher,tulang pinggang supaya berasa lebih bebas. Ruku’ merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha, betis. Darah di pam ke badan atas. Melembutkan otot perut dan buah pinggang. Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberi tekanan kepada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.

6. I’tidal

Darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan.

7. Sujud

Semasa sujud pula,seluruh badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan ,kaki,dada ,perut,punggung,leher dan otot-otot kaki. Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan dapat mengelak perut buncit. Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih lancar dan mudah.

8. Duduk antara dua sujud

Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Posisi tubuh badan ini membantu penghadaman degan menekan kandungan perut ke bawah.

9. Duduk tahiyat akhir

Menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam2 yang mungkin ada pada lipatan paha.

10. Membaca tahiyat akhir

Duduk ketika membaca tahiyat akhir adalah jelas bahawa tahiyat akhir hendaklah dibaca ketika keadaan duduk, bukan berdiri. Disunatkan duduk secara tawaruk iaitu duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Duduk iftirash ni memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh.

11. Selawat kepada nabi dalam tahiyat akhir

Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

12. Salam

Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.

13. Tertib

Tertib adalah rukun yang merangkumi keseluruhan rukun solat iaitu memastikan segala perlakuan rukun berada pada turutan yang betul satu demi satu dan yang mana dahulu didahulukan serta yang kemudian dilakukan kemudian, jika tidak solat itu akan terbatal

Jika dilihat dengan jelas,kesemua pergerakan yang dilakukan secara tidak sedar itu ,ianya membantu seseorang untuk memastikan kesihatan tubuh lebih terjamin tanpa perlu bersenam berjam-jam di tengah panas.Namun ianya perlu dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s